Tuesday, February 9, 2010
AKU NAK KE AFRIKA!!!!!!!!!!!!!
Seikhlas hati Maaf dipinta. Agak lama aku tak menulis dan meng'updatekan' segmen sepetang bersama... Kini aku terlampau busy dengan komitmen harian sebagai manusia. Sekarang aku agak mampu tersenyum lebar kerana kembalinya Bro Eddie kita.... yeayyy!!!!!.
Aku kini sedang berusaha untuk mendapatkan pakej bagi menyaksikan World Cup di Afrika Selatan tahun ni. Atas sebab itulah agak lama aku tak update blog ini. Aku minta semua pengunjung setia blog ni mendoakan usaha aku untuk menyaksikan world cup tercapai!!!!!
kerana BOLASEPAK adalah passion aku.....
Doakan kejayaan aku ye!!!!
yang ikhlas,
Meyour........
Sunday, February 7, 2010
Kalau Kail Panjang Sejengkal...

Aku pun heran dengan kuncu-kuncu Wenger ni, haram tak serik-serik carik nahas...
Game yang ditunggu-tunggu malam tadi, akhirnya bermula. Setelah beberapa berita panas melanda sang singa biru, dengan terbarainya sang kapten dengan bekas buah ati rakannya (ceritanya kecik, mamat tu dah break off pun dengan awek dia tu) tapi oleh kerana tahun ini England masuk World cup, dan musim ini jugaklah Chelsea bangkit menerajui liga perdana bolasepak Inggeris, media-media yang hancing, yang tak sebulu dengan kita, menyalak, riuh-kecoh huru hara satu dunia tahu pasal itu, tiba-tiba, moral dipersoal, macam la bagus sangat perangai Rooney dan Rio Ferdinand tu hingga di sebut-sebut sebagai pengganti JT jadi skipper England... bangang yang abadi!
Okay, kembali pada kisah malam tadi, dengan para penyokong memenuhi stadium sekitar 41 ribu orang plus-plus... dengan suhu menurun, a bit drizzle, hujan renyai (terutama lepas rehat nak naik second half), suasana di SB cukup sejuk, manakala di JB agak berbahang tengah malam tadi, ujan tak turun-turun, aku pun on air-con untuk lebih merasakan suhu yang sama, baru la adil...

Sepak mula oleh Chelsea, belum sempat aku tarik rokok je dah gol oleh Drogba, what the hell..? Minit ke 7, mulanya bercadang nak godak air dulu ke, isap rokok sebatang dulu ke, haram diorang tak kasi peluang langsung. Aku tatap wajah Wenger, berpaling pada Fabregas sebelum menoleh pada Nasri, ada kebasahan pada mata-mata itu. First gol sebelum panas air aku jerang, sebelum panas Almunia mengongkang, dari first corner, Malouda sungkit bola tu tinggi sikit (maklum la budak-budak Gunners banyak yang bantut) dapat kat kepala our skipper, JT melantun depan kaki Drogba sebelum dia tolak masuk net, first try dari first corner, lahir first goal oleh 'the mighty' Drogba. Jangan kata Ancelotti, aku sendiri ternganga, beb... serious!
Minit ke 15, Petr Cech menjadi wira bila berjaya menidakkan cubaan gol dari Nasri dan dua minit lepas itu, Cech sekali lagi berjaya mematahkan ledakan laju pemain Russia, Arshavin, hingga memaksa Wenger tepuk dahi depan Ancelotti. Boss CFC tu senyum tengok pe'el laku Wenger sambil dalam hati berkata... 'dah tua-tua pun bodoh'. Petr Cech main cukup baik hingga abis game ini, beliau meraikan penampilan ke 250 bersama CFC dan game yang ke 100 clean sheet (tak bolos gawang). Best kan goal keeper kita.
Minit ke 22, Mikel yang turun buat pertama kalinya sejak pulang dari Angola telah mengumpan bola kepada abang Lampard yang sedang terlompat-lompat sebelum menghulur pada Drogba yang pantang orang hulur bola. Tanpa membuang masa, Drogba terus memangkah pertahanan Arsenal, sapa ntah nama, Clichy ke atau Cliche sebelum merembat masuk. Terkebil-kebil Almunia, dah macam budak bangun tido mengigau pun ada aku tengok. Drogba happy, Ancelotti happy, aku happy... 12 games bertemu Gunners, 12 bijik gol peribadi Drogba.
Mata tiba-tiba layu, sebelum aku kembali terjaga, John Dykes yang turut berada di SB sedang berlintas langsung, rupanya dah rehat separuh masa. Air yang aku jerang dah sejuk, tak sempat bancuh nescafe. Patut la ngantuk, takde nescafe, Arsenal takde fight langsung... ceh, bak kata Karam Singh Walia, terbakar kampung nampak asapnya, terbakar hati, siapa yang tahu.

Naik rehat, sepak mula oleh Arsenal. Kali ini diorang mula agresif, sebab dah puas kena maki kat dalam tadi time rehat. Fabregas, Song, Sagna, Walcott, semua tunjuk yang diorang juga ada telur. Langgar sana sini, tertonggeng dan tergolek. Beberapa counter attack dari Malouda dan Lampard kurang menjadi, giliran Nasri bikin serangan, Ashley Cole berjaya tackle untuk mengelak tragedi.
Wenger start masukkan fresh legs untuk ubah nasib, Bendtner, Rosicky dan Ebou masuk ganti Walcott, Diaby dan 'the real bad alien' Sagna. 10 minit terakhir, Arsenal terus menggandakan usaha merobek gawang Cech namun mimpi tinggal mimpi.
CFC juga masukkan Zhirkov untuk ganti Ballack, Joe Cole ganti Anelka dan sebelum abis, sempat juga Kalou merasa ganti Drogba. Tamat masa permainan, CFC 2 - Arsenal 0. Dengan baki 13 games, persaingan title cuma Setan Gondol Merah dan kita saja yang tinggal sebab Arsenal dah tertinggal 9 mata. Minggu ini ada mid-week game, pagi-pagi buta (waktu kita) jumpa Everton di Goodison Park.
Semoga panji biru terus megah berkibar di angkasa raya...!
.
Tuesday, February 2, 2010
Harimau Jumpa Singa...

Terjaga tika dingin pagi menyucuk tulang cukup menyeksakan, dengan separuh sedar, kepala masih mamai, aku raba jam tepi katil yang menyalak mintak bangun. Semuanya hanya keranamu, Chelsea. Aku on tv, terus ke dapur jerang air. Lepas basuh muka lebih kurang dan godak kopi O, aku terus dive depan skrin.
Suasana KC Stadium agak sejuk, hujan tengahari tadi sudah reda tetapi keadaan padang kurang memuaskan, ini kalau budak-budak tu karang sliding, tergolek atau diving, memang kotoran degil melekat di jersi, yang pasti menguntungkan pengusaha sabun basuh Bio-Zip. Aku perati satu-satu player CFC yang turun...
Cech, Terry, Lampard, Anelka, Ivanovic, Zhirkov, Deco, Carvalho, Ballack, Malouda dan Drogba... Dua-dua Cole tak nampak, duduk bench.

Setiap kali away game, aku betul-betul gusar, tahap konfiden menurun mengenangkan cerita Terry (supporter Hull turut menyalak time Terry pegang bola). Player2 The Tigers cukup bersemangat untuk menidakkan peluang CFC menjarakkan mata dari Setan Merah. Sepakmula dari mereka dan beberapa try cantik dari Lampard dan Ballack masih belum mampu merabak gawang keeper Hull, Myhill Dunhill. Minit ke 28, Ivanovic kena yellow card kerana mencabul forward nasional Amerika yang dipinjamkan oleh Villarreal kepada Hull City, Jozy Altidore. Seminit kemudian, corner Hull menghasilkan gol yang menyebabkan aku bertambah menyampah dan terus menyumpah.
Minit ke 40, Anelka pula dikasari, Drogba mengambil free kick dan bola menuju laju lalu tertampan tangan sorang mangkuk baju kuning tu direct masuk net. Myhill Dunhill buat-buat dive takut kena marah Phil Brown sebab makan gaji buta. Drogba terus berlari ke belakang net yang ramai dipenuhi supporter CFC sambil membuat isyarat heart serta flying kiss sambil berkata... "terimalah gol ini tanda kasihku padamu..." Penyokong bersorak riang. Aku senyum girang sampai tak perasan rokok jatuh atas carpet, barua betul abuk rokok berderai, kotor carpet beb, aku dah la jenis pemalas nak vacuum ni.
Time rehat bermula, ramai yang turun carik burger singgit Jamil Bonggo, tapi tak jumpa, diorang lupa, Jamil bukak stall kat Turf Moor, bukan kat Kingston ni, haa... gasak la masing2 cekik burger haram kat sini.

Naik rehat, Terry terus kena booked yellow card sebab si Altidore tu jugak. Memang drama-queen betul hantu sekor tu. Sekitar minit ke 56, serangan bertali arus dari Malouda, Drogba dan JT menyebabkan Myhill bertungkus lumus buat-buat dive, hasilnya haram tak masuk. Bagus jugak keeper Wales ni eh!
Minit ke 65, Hull punya striker yang namanya sungguh gerek (best), Jan Johannes Vennegoor of Hesselink digantikan dengan striker Mesir yang dipinjamkan dari kelab Royal Zamalek, Amru Hassan Zaki. Selain Steve Hunt, Amru Zaki juga aku perati merupakan player yang terkejar sana sini rajin mencari bola.
Enam minit selepas itu, Ballack yang celebrate penampilan ke 150 nya bersama CFC game hari ini telah digantikan dengan Joe Cole. Formasi diamond CFC berubah jadi 4-4-2. Lima minit kemudian, Drogba hampir-hampir kasik gol bila heading dia hasil lintangan Ivanovic naik panjat net. Terkesima buat seketika Myhill sambil urut dada.
Sepuluh minit sebelum abis game, Sturridge dan sorang lagi Cole masuk ganti Zhirkov dan Anelka. Aku dah kembali ngantuk, frust game ini pasti berkesudahan seri. Impian untuk kutuk kawan2 yang gila Man Utd. terkubur. Ceh.. niat dah tak elok, memang la tak sampai. Minit ke 88, Drogba pulak kena booked yellow card. Last kopek strike dari Sturridge pula di minit-minit akhir game langsung tidak membuahkan apa-apa hasil. Aku tutup tv dan kembali terbongkang.
Ahad ni, saluran ESPN 812 akan bikin live game Super Sunday antara CFC dan kuncu-kuncu Arsene Wenger, main kat rumah kita, one team in London, there's only one team in London...!!!
.
Saturday, January 30, 2010
Maafkan Kami, Burnley...

Maafkan kami, Burnley,kami perlu terus menang perang ini, untuk terus menerajui liga, untuk terus bertakhta, untuk mencapai cita2 kami jadi raja. Walaupun kami maklum kedudukan anda di tangga 3 kebawah liga, yang membolehkan anda kembali terpelanting keluar, apakan daya, tak dapat kami nak tolong lagi dah...serious beb!!
Hehehe, okay, kita terus sahaja lihat kembali game awal pagi tadi, dengan bertemankan kopi tarik dan sekotak Pall Mall menthol, mata tertumpu di saluran 812 ESPN, suasana dingin akhir winter menerjah ruang maghrib di pinggir bukit Lancashire. Tak terkecuali our boss, Mr. Carlo 'Carletto' Ancelotti yang juga dibungkus jaket tebal akibat kesejukan (gambar atas). Ini merupakan first time CFC bertandang ke Turf Moor sejak 1983. Sebelum game bermula, para penonton penyokong Burnley dan Chelsea masing-masing sibuk bergossip tentang beberapa artikel di akhbar2 tempatan menceritakan skandal terbaru sang kapten England dan Chelsea, abang Terry dengan pelbagai kisah peribadi. Segelintir pihak media Britain melancarkan beberapa serangan terhadap JT dengan harapan mengganggu emosional dan rasional beliau dari fokus tentang membawa Chelsea menjuarai EPL dan seterusnya membawa England ke Afrika Selatan untuk FIFA World Cup Jun nanti.

Skuad sang singa biru turun kali ini tanpa Drogba dan Kalou, biarpun mereka sudah kembali menyertai latihan pasukan seawal Rabu lepas. Malouda dan Anelka menerajui serangan, satu tag team 'French Connection' yang cukup serasi walaupun sepanjang game, Malouda kelihatan agak terganggu, mungkin teringat kampung halaman. Sepak mula oleh Burnley, serangan awal Joe Cole agak tumpul, namun aku dapat rasa penangan teh misai kucing yang dia minum sebelum game tadi bakal meledakkan sesuatu. Anelka, Malouda dan Lampard turut berganding sama menggempur kubu, sesekali terlihat kelibat Ashley Cole tumpang sekaki namun belum membuahkan hasil. Kelihatan tonggak defense Burnley yang diperkuat sang kapten, Carlisle dan kuncu-kuncunya masih bertahan. Ye laa... homeground sendiri kan, kalau tak, rabak jugak diorang tu.
Seawal minit ke 26, Cech membuat kiriman cantik terus pada Joe Cole sebelum dia hulur pada Malouda yang lantas supply pada Anelka untuk dia terus slotting melepasi Brian Jensen dalam jarak dekat memberikan Chelsea kedudukan mendahului 1-0 (dan gol ke 12 Anelka dalam liga perdana musim ini). Anelka terus peluk Malouda sebelum yang lain2 terkam dan peluk dia, aku toleh kiri dan kanan, takde sapa untuk dipeluk... tiba-tiba teringat Lisa Surihani yang jauh dimata tapi dekat dihati. Paiseh beb, terus tarik sebatang Pall Mall, ketuk2 ujung puntung 2-3 kali, ktinnggg...!!! Bunyi zippo naga berdenting, cucuh api dan sedut dalam2, fuhhh... puas ati.
Minit ke 31, Ashley Cole kasi clear serangan Andre Bikey hingga panjat bumbung, wa cakap lu... serious! Korang pernah tengok dalam games mana2, bola melantun tinggi sampai naik atas bumbung stadium..??? Minit 33, abang Terry dapat warning dengan kad kuning sebab menjatuhkan budak gemuk Robbie Blake kat tengah padang. Seminit selepas itu, Burnley ganti Kalvenes dengan D. Edgar. Dua minit sebelum rehat separuh masa, encik Lampard lompat-lompat shoot dari jarak 25 ela tapi miss. (encik Lampard sedang seronok kerana game ini merupakan penampilan ke 300nya bersama CFC) Abang ref. Phil Dowd membunyikan wisel tanda rehat, membuatkan penyokong masing2 serbu burger singgit Jamil Bonggo, eh.. lu dah tak bikin bisnes kat stadium Larkin lagi ke Jamil...???

Naik rehat, sepak mula oleh Chelsea, agak lembap pergerakkan masing2 perut dah penuh sirap limau, 4 minit selepas itu abang Alex mengah untuk kasi clear bola depan khemah Petr Cech membuatkan forward Burnley berjaya meloloskan diri lantas menodai gawang gol Chelsea, aku tepuk dahi, Cech tepuk bumi, Fletcher bikin chicken dance dengan Eagles (helang bikin tarian ayam, what the hell...??).
Minit ke 55, kalau tak kerana offside, Joe Cole sudah pasti bikin chicken dance jugak bila heading dia lompat masuk net tapi belum ada jodoh gol dan Cole. Sumpah, kalau gol la tadi, JC bikin tarian ayam, aku terus joget poco-poco siot... serious!
Minit 70, Sturridge masuk ganti JC untuk lebih mengkucar-kacirkan defense Burnley, 5 minit lepas tu, Deco the supersub interceptor pulak masuk ganti sorang lagi Cole yang agak teruk cedera, AC punya kaki ni bukan boleh kena titik sikit, cedera lama pasti berulang. Ini semua gara2 Carlisle yang punya angkara laa ni, orang sepak bola, lu sepak kaki, damn you kapten Burnley...!!!
Deco masuk, Zhirkov turun kiri, 6 minit selepas itu corner kick dari encik Lampard ditanduk agresif oleh abang Terry untuk gol Chelsea. Kalau dah rezeki, kita mesti menang, lagi dan lagi. Abang Terry yang di kutuk sepanjang game oleh penyokong Burnley berjaya membuktikan, professionaliti mengatasi peribadi. Way to go Cappie...!
Awal pagi rabu depan kita akan bertandang ke Kingston untuk bertemu Hull City yang masih berhutang satu game. Kita akan saksikan nanti bagaimana The Tigers jumpa sang singa biru. Chelsea tinggalkan Turf Moor dengan kesan tercalar dan terbakarnya kelab Burnley, seriously, untuk kesekian kalinya, maafkan kami, Burnley...
.
Friday, January 29, 2010
Galeri Foto Pilihan... part 1.

Salam buat semua kawan2, aku minta maaf jika dalam 5 minggu kebelakangan ini, aku gagal untuk menulis dalam blog ini, ini adalah kerana beberapa masalah yang hingga kini gagal untuk aku atasi. Namun malam ini aku cuba untuk menceriakan kembali kawan2 semua dengan entri ini.

Pada awalnya aku ingin bikin entri mengenai pertemuan Chelsea dan Burnley esok, tetapi oleh kerana kekurangan sumber terkini, serta fakta2 yang aku sendiri kurang pasti, aku cancel je la, lagipun aku tengah riak confident ni besok kita boleh titik Burnley biarpun bertempur di padang mereka.

Jadi malam ni, aku cuma paparkan beberapa foto Chelsea dulu dan kini untuk tatapan korang, biar semangat sang singa biru menyerap, baru menyirap...!!!

Gambar atas ni ialah Phil Driver yang bermain posisi winger untuk Chelsea sekitar 1980 - 1983.

Gambar awal Stamford Bridge, sejarah padang keramat The Blues ini ada aku tulis dulu, sila cari entri2 lama.


Dan sebelum menutup tirai, yang atas ni adalah legenda Chelsea, Peter Leslie Osgood yang bermain untuk CFC sekitar 1964 - 1974 dan 1978 - 1979.
Sampai sini dulu, nanti bila aku dah okay, semua gear aku dah kembali berfungsi, aku akan on macam biasa. Sekarang ni tak berapa seronok ah, sebab pinjam pc orang. Jangan lupa saksikan game besok... keep the blue flag flying high!!!
.
Sunday, January 24, 2010
FA Cup review : versi bahase omputih!!!!!
Nicolas Anelka's 11th goal of the season and Daniel Sturridge's third secured a comfortable passage into the fifth round of the FA Cup.
The Frenchman's goal, scored on the break, came eight minutes before the interval while Sturridge again showed himself as a six-yard predator, making the win safe shortly after the second half began. Just before the interval, Preston spurned a great chance after Hilario had saved, but that apart moment, the clean sheet was not put under great threat.
It wasn't all good news though. Neither Juliano Belletti nor Frank Lampard finished the game due to what appeared to be injury concerns, even though both did leave the pitch under their own steam.
The side that started was the one named by Ancelotti on Friday morning; the shape was a Christmas tree with Anelka and Deco playing behind Sturridge as the focal point of the attack.
It was a chilly and foggy Deepdale that welcomed the visitors for the lunchtime start but the start was solid. Hilario confidently caught two early crosses in front of the stand containing 6,000 Chelsea fans in good early voice.
However when Zhikov gave away an eighth-minute free-kick, taken quickly, it needed Terry to bravely head away Brown's dangerous header before colliding with the Portuguese keeper.
It took 15 minutes for the Blues to mount a meaningful attack but when it came, it needed a good save by Lonergan from Zhirkov after the Russian had exchanged passes with Lampard and received an exquisite ball back.
Anelka tried from distance but without power or direction before Ancelotti was forced into an early change. Belletti, who had started the game brightly, was caught in a tough challenge but played on for a while. When he could continue no longer due to injury, Malouda came on with Deco dropping deep.

Within minutes the new man on was caught late and high by Hart on the touchline to earn the game's first booking. Preston were competing hard, as if that was ever in doubt!
On 25 minutes came a spot of refereeing that almost defied belief. Lampard's ball wide had given Zhirkov a clear shooting chance but before he could pull the trigger, Mike Dean blew up for a late challenge on Lampard. Ballack's free-kick that struck the wall was no consolation for a clear opportunity taken away.
Another free-kick soon after was tapped to Alex who did beat the barrier but Lonerghan pushed it out with hands that were now stinging.
On 37 minutes, the Cup holders' superiority was rewarded when Anelka scored with a break away goal, his run after a Ballack pass ending with a low shot that Lonerghan made a poor attempt to keep out. But if you don't buy a ticket to the lottery as they say…
Preston had long been kept in their own half but did counter-attack once from a misplaced Lampard pass but played the final ball to strongly and Hilario tidied up.

On 40 minutes the home side did come close to finding the Chelsea net. Hilario made a brilliant full-stretch save to keep out centre forward Brown's header and Carter wastefully shot over on the follow-up.
The yellow-booted Ferreira, up from right-back, struck a shot just before the break that fizzed only just over.
Before Chelsea could enjoy some half-time refreshment, Terry came to the rescue after a corner escaped Hilario's grasp.
Whether Preston manager Darren Ferguson's half-time team talks follow in the family tradition and send tea cups flying is unknown, but any attempt to get his team whipped up for the restart fell flat less than two minutes in.
Chelsea won a corner which Terry headed down. It was saved on the line but Sturridge was there in the right place to smash into the net in front of the Chelsea masses. At 2-0, the tie was surely over, although Wallace soon had Hilario scrambling to reach a free-kick on 52 minutes but it went just wide.
Sturridge, now with four career FA Cup goals to his name, looked to have been pulled back by St. Ledger as he turned onto a pass inside the area but referee Dean ignored the penalty appeal.
The 20-year was given the chance to run at the defence a few minutes later but curled a shot wide and then the Preston keeper saved well from Ballack as Anelka's cross was only half-cleared.
Before that, Lampard left the field having played without freedom for several minutes. Joe Cole was on with quarter of the game to go.
Preston attempted to rally in the closing stages, bringing on corpulent striking pair Jon Parkin and Neil Mellor, but could only muster long-range punts. Anelka matched them shot-for-shot but picked out the keeper each time.
Sturridge was unlucky to bundle the ball just wide when he chased down a lost cause and Joe Cole went close to adding a third before the ref blew the weekend's first game to a close.
Our next round opponents will be drawn shortly after 6pm on Sunday.
Chelsea(4-3-2-1): Hilario; Ferreira, Alex, Terry (c), Zhirkov; Ballack, Belletti (Malouda 20), Lampard (J Cole 66); Deco, Anelka; Sturridge.
Scorers Anelka 37, Sturridge 46.
Preston (4-3-3): Lonergan; Hart, Mawene, St Ledger, Davidson (c); Chaplow, Jones, Carter (Parkin 58); Sedgewick (Mayor 73), Brown (Mellor 73), Wallace.
Booked Hart 25.
sumber :- www.chelseafc.com
p/s : Maaf, sekarang aku bz dengan part time dan tak dapat nak buat laporan penuh..tapi aku akan cuba sedaya upaya memberikan info kepada semua penghidap sindrom darah biru
Sunday, January 17, 2010
LUCKY NUMBER 7

berjuang di Afrika, Liverpool akan menjadi
juara liga"
"Di amerika sayalah satu-satunya celebrityyang masih memakai jersey Chelsea bersama
penaja lama, saya dapat tahu Chelsea
menang 7-2"
"Pihak pengurusan masih berbincang, nomborapakah yang sepatutnya saya gunakan?
adakah nombor 7"
"saya pun tak tahu mengapa abah memberinama saya 'Chelsea'?"
"Semalam (sabtu) saya dapat sms dari will ferrelChelsea menang besar 7-2, saya bertanya lagi.
'mereka bermain bolasepak ke FIFA 2010? "
"Azwan ali akan saya jemput untuk bergandinganbersama saya"


